e-ISTILAH ~ اصطلاح

UTAMA FEKAH AKIDAH AKTIVITI KUIZ

Warning: session_start(): open(1440/sess_a15672ec9d2889c7b8e98c42ce2f0a4b, O_RDWR) failed: No such file or directory (2) in /home/u159211671/domains/theexceptionalx.com/public_html/istilah/header2.php on line 45

Warning: session_start(): Failed to read session data: files (path: 1440) in /home/u159211671/domains/theexceptionalx.com/public_html/istilah/header2.php on line 45

Senarai Istilah Akidah


| ubah saiz tulisan | |
BIL BIDANG TINGKATAN TOPIK ISTILAH MAKSUD ISTILAH AUDIO
1 AQIDAH 3 Allah SWT Maha Kaya Pengurnia Rezeki Al-Ghani Nama Allah SWT yang menunjukkan bahawa Allah SWT Maha Kaya dan tidak memerlukan kepada sesuatu yang lain.
2 AQIDAH 3 Allah SWT Maha Kaya Pengurnia Rezeki Al-Razzaq Nama Allah SWT yang menunjukkan bahawa Allah SWT Maha Pemberi rezeki, Dia yang menjadikan rezeki dan mengurniakannya kepada seluruh makhluk.
3 AQIDAH 3 Beriman Kepada Hari Akhirat Beriman Kepada Hari Akhirat Yakin dengan kewujudan hari kehancuran seluruh alam dan kebangkitan semula yang kekal abadi untuk menerima pembalasan sama ada Syurga atau Neraka.
4 AQIDAH 3 Beriman Kepada Hari Akhirat Pahala Ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada orang yang mematuhi perintahnya dan meninggalkan larangannya.
5 AQIDAH 3 Beriman Kepada Hari Akhirat Dosa Balasan buruk yag dijanjikan oleh Allah SWT kepada orang yang melanggar larangannya.
6 AQIDAH 3 Beriman Kepada Hari Akhirat Kematian Perpisahan antara roh dengan jasad
7 AQIDAH 3 Beriman Kepada Hari Akhirat Alam Barzakh Alam pemisah antara dunia dengan akhirat.
8 AQIDAH 3 Beriman Kepada Hari Akhirat Kemusnahan Alam Kemusnahan seluruh ciptaan Allah SWT yang terdiri daripada langit dan bumi termasuklah semua mahkluk yang menghuninya.
9 AQIDAH 3 Beriman Kepada Hari Akhirat Kebangkitan Semula Kehidupan semula makhluk yang telah mati apabila ditiup sangka kala kali kedua oleh Malaikat Israfil.
10 AQIDAH 3 Beriman Kepada Hari Akhirat Mahsyar Tempat perhimpunan semua mahkluk yang dihidupkan semula dan dibangkitkan daripada kubur mereka.
11 AQIDAH 3 Beriman Kepada Hari Akhirat Hisab Perbicaraan terhadap amalan manusia setelah menerima buku catatan amalan sama ada dari sebelah kanan atau sebelah kiri mengikut amalan masing-masing.
12 AQIDAH 3 Beriman Kepada Hari Akhirat Mizan Penimbang amalan yang disediakan oleh Allah SWT untuk menimbang amalan baik dan buruk manusia.
13 AQIDAH 3 Beriman Kepada Hari Akhirat Titian Sirat Titian yang merentang di atas neraka antara Mahsyar menuju ke Syurga.
14 AQIDAH 3 Beriman Kepada Hari Akhirat Syurga Tempat yang penuh dengan nikmat yang disediakan untuk golongan yang beriman dab beramal soleh.
15 AQIDAH 3 Beriman Kepada Hari Akhirat Neraka Tempat yang dipenihi dengan azab, disediakan untuk golongan kafir dan orang yang melanggar perintah Allah SWT.
16 AQIDAH 3 Beriman Kepada Rasul Beriman kepada Rasul Meyakini bahawa Allah SWT mengutuskan para Nabi dan Rasul kepada umat manusia dan meyakini pengutusan 25 orang rasul yang disebutkan dalam Al-Quran secara khusus.
17 AQIDAH 3 Beriman Kepada Rasul Nabi Seorang lelaki yang dipilih oleh Allah SWT dan dikurniakan wahyu kepadanya tetapi tidak diperintahkan untuk menyampaikannya kepada orang lain.
18 AQIDAH 3 Beriman Kepada Rasul Rasul Seorang lelaki yang dipilih oleh Allah SWT dan dikurniakan wahyu kepadanya serta diperintahkan untuk menyampaikannya kepada umat.
19 AQIDAH 3 Beriman Kepada Rasul Ismatul Rasul Pemeliharaan Allah SWT terhadap para rasul daripada melakukan dosa dalam apa bentuk sekalipun sama ada dosa kecil atau dosa besar.
20 AQIDAH 3 Beriman Kepada Rasul Mukjizat Perkara luar biasa yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada Nabi dan Rasul untuk membuktikan kebenaran kenabian dan kerasulan mereka.
21 AQIDAH 3 Beriman Kepada Rasul Mukjizat Hissi Mukjizat yang hanya dapat dikesan dengan pancaindera tetapi tidak berkekalan dan berlaku ketika seseorang Rasul yang diberikan mukjizat tersebut masih hidup.
22 AQIDAH 3 Beriman Kepada Rasul Mukjizat Maknawi Mukjizat yang difahami dengan pemikiran dan pemerhatian berdasarkan ilmu serta mukjizat tersebut kekal sehingga kiamat.
23 AQIDAH 3 Beriman Kepada Rasul Rasul Ulul Azmi Rasul yang mempunyai kecekalan dan ketabahan hati untuk menghadapi ujian dalam dakwah.
*Sumber rujukan bahan di atas adalah Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 3 (KSSM)