e-ISTILAH ~ اصطلاح

UTAMA FEKAH AKIDAH AKTIVITI KUIZ

Warning: session_start(): open(1440/sess_11b60384610096d236dec1d2d7eaf6ba, O_RDWR) failed: No such file or directory (2) in /home/u159211671/domains/theexceptionalx.com/public_html/istilah/header2.php on line 45

Warning: session_start(): Failed to read session data: files (path: 1440) in /home/u159211671/domains/theexceptionalx.com/public_html/istilah/header2.php on line 45

Senarai Istilah Fekah


| ubah saiz tulisan | |
BIL BIDANG TINGKATAN TOPIK ISTILAH MAKSUD ISTILAH AUDIO
1 FEKAH 3 Konsep Fardu Ain dan Fardu Kifayah Fardu Ain Tuntutan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT ke atas setiap orang Islam yang mukallaf dan sekiranya tuntutan ini tidak dilaksanakan maka individu tersebut akan berdosa.
2 FEKAH 3 Konsep Fardu Ain dan Fardu Kifayah Fardu Kifayah Tuntutan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT ke atas masyarakat Islam secara kolektif dan sekiranya sebahagian sahaja melaksanakan tuntutan ini maka gugurlah kewajipan tersebut ke atas orang Islam yang lain.
3 FEKAH 3 Pengurusan Jenazah Pengurusan Jenazah Menguruskan jenazah dengan cara tertentu mengikut ketetapan syarak.
4 FEKAH 3 Pengurusan Jenazah Memandikan Jenazah Meratakan air keseluruh tubuh jenazah.
5 FEKAH 3 Pengurusan Jenazah Mengkafankan Jenazah Menutup seluruh tubuh jenazah dengan sekurang-kurangnya sehelai kain.
6 FEKAH 3 Pengurusan Jenazah Menyembahyangkan Jenazah Solat yang dilakukan ke atas jenazah dengan kaifiat tertentu.
7 FEKAH 3 Pengurusan Jenazah Mengebumikan Jenazah Mengebumikan jenazah di dalam tanah mengikut kaifiat tertentu.
8 FEKAH 3 Pengurusan Zakat Zakat Mengeluarkan sebahagian daripada harta tertentu untuk diberikan kepada golongan yang berhak menerimanya dengan syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan oleh syarak.
9 FEKAH 3 Pengurusan Zakat Fakir Orang yang tiada harta yang mencukupi untuk keperluan dirinya termasuklah makanan, minum, pakaian dan tempat tinggal.
10 FEKAH 3 Pengurusan Zakat Miskin Orang yang hanya mampu menampung sebahagian sahaja daripada keperluan hidupnya.
11 FEKAH 3 Pengurusan Zakat Amil Mereka yang dilantik oleh pemerintah untuk mengumpul dan mengagihkan zakat.
12 FEKAH 3 Pengurusan Zakat Muallaf Orang yang baharu masuk Islam.
13 FEKAH 3 Pengurusan Zakat Hamba Golongan hamba yang ingin membebaskan diri mereka.
14 FEKAH 3 Pengurusan Zakat Orang Yang Berhutang Orang yang dibebani hutang untuk keperluan asas diri serta tanggungjawabnya dan tidak mampu membayarnya.
15 FEKAH 3 Pengurusan Zakat Fisabil Lillah Orang yang berjuang di jalan Allah SWT.
16 FEKAH 3 Pengurusan Zakat Ibnu Sabil Orang yang bermusafir dengan tujuan yang diharuskan syarak kemudian terputus perbelanjaan.
17 FEKAH 3 Pengurusan Zakat Zakat Fitrah Mengeluarkan harta tertentu bagi setiap orang yang mukallaf dan orang yang di bawah tanggungjawabnya dengan syarat-syarat dan tempoh masa yang telah ditetapkan syarak.
18 FEKAH 3 Pengurusan Zakat Zakat Tanaman dan Buah-Buahan Tanaman dan buah-buahan yang menjadi makanan asasi, boleh disimpan dan tidak mudah rosak.
19 FEKAH 3 Pengurusan Zakat Zakat Perniagaan Zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada yang melibatkan barangan atau perkhidmatan.
20 FEKAH 3 Pengurusan Zakat Zakat Gakian dan Rikaz Bahan galian yang dikeluarkan dari bumi, diproses dan menghasilkan logam galian.
21 FEKAH 3 Pengurusan Zakat Zakat Saham Wang yang dilaburkan dalam syarikat atau perniagaan.
*Sumber rujukan bahan di atas adalah Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 3 (KSSM)